Uni-Kopitiam
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Log in

I forgot my password

Latest topics
» Marvel Heroes USB Flash/Thumbdrive 2 Years Warranty for Collection
karangan pelajar darjah empat EmptyThu Jul 19, 2012 12:12 pm by kyliew

» Any place to learn archery?
karangan pelajar darjah empat EmptyFri Sep 10, 2010 11:10 pm by demuntimun

» 10 reasons of uni-kopitiam's silence
karangan pelajar darjah empat EmptyTue Jun 08, 2010 1:11 pm by KaKa*HiMeMiYa

» may a couple be good friend after break up??
karangan pelajar darjah empat EmptyWed Dec 30, 2009 1:58 am by KaKa*HiMeMiYa

» new couples formed in UKF
karangan pelajar darjah empat EmptyWed Dec 30, 2009 1:54 am by KaKa*HiMeMiYa

» Have your girl friend do the list below? If yes, marry her
karangan pelajar darjah empat EmptySat Oct 24, 2009 5:05 pm by joycetantan

» fallin in love so fast??? wat do u think???
karangan pelajar darjah empat EmptySat Oct 24, 2009 4:54 pm by joycetantan

» Window Vista vs Window 7
karangan pelajar darjah empat EmptySat Oct 24, 2009 4:02 pm by joycetantan

» same age?boy is elder den girl?girl is elder than boy?which one u prefer?
karangan pelajar darjah empat EmptyThu Sep 24, 2009 10:01 am by fat_bunny

Poll

How's ur relationship wif people in UNIMAS???

karangan pelajar darjah empat Vote_lcap12%karangan pelajar darjah empat Vote_rcap 12% [ 4 ]
karangan pelajar darjah empat Vote_lcap41%karangan pelajar darjah empat Vote_rcap 41% [ 14 ]
karangan pelajar darjah empat Vote_lcap38%karangan pelajar darjah empat Vote_rcap 38% [ 13 ]
karangan pelajar darjah empat Vote_lcap9%karangan pelajar darjah empat Vote_rcap 9% [ 3 ]

Total Votes : 34

Who is online?
In total there are 6 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 6 Guests

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 43 on Sat Apr 27, 2024 7:33 pm

karangan pelajar darjah empat

Go down

karangan pelajar darjah empat Empty karangan pelajar darjah empat

Post by bumi dragon lord Sat Nov 29, 2008 8:11 pm

karangan budak darjah 4 yang menyeramkan. .

Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku.
Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip
tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan
dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu
emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar.

Tetapi saya tidak mahu. Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan
garfu
barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120
kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8
kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru
dengan laju dari arah belakang. Dia melanggar emak saya. Emak saya
tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit "Adoi!".

Lepas
itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut
berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu
pula.
Pemandu
lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama
dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju
iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat
menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar
pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri.

Feri itu
terbelah dua. Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati.
Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan
memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori
dia. lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di
udara. Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah
helikopter di Genting Highlands dan terus ke tempat kemalangan.

Dia
melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu.
Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri
semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu
lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak
saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih
marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori
itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit "Adoi..!" dan
jatuh ke bumi.
Emak
say menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke
tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg
tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris.
Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang
putih. Lalu pemandu lori itu mati.
Tidak lama kemudian kereta polis
pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan
ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu
mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui
apa yang telah terjadi.
Polis yang bertugas cubamenyuraikan orang
ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai
terperanjat dan semuanya mati. Selepas itu emak saya mengajak saya ke
pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak
saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging
dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya
terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah.
Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati.
Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati

bumi dragon lord
bumi dragon lord
Admin
Admin

Male
Number of posts : 708
Age : 37
Location : hollow of hell
Registration date : 2008-07-26

Character sheet
Insane Posters:

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum